Thursday, December 07, 2006

Siri Petikan Forum Sanggah PPSMI 1



Berikut adalah beberapa pandangan di dalam sebuah forum yang dipetik semula secara original untuk renungan dan meluaskan pemikiran kita semua.Isu ini bagi saya sangat penting kerana ia mewarnakan masa depan beribu-ribu generasi kita yang dijadikan elemen kajian oleh "kere"-jaan Baris-Nasi-Onarl. Saya mohon maaf kerana tidak menyertakan sekali nama-nama penulis. Jika berminat sila ke forum berkenaan di Tranungkite. Tujuan saya adalah untuk memaparkan pandangan ini kerana bukan semua orang berkesempatan untuk membaca forum yang kadang-kadang terlalu panjang berjela.

Pandangan forumis pertama:

Saya ingin menyampaikan pengalaman saya sendiri dlm hal ini;
1- NYATA SEKALI, sejak saya dibangku sekolah lagi di thn 70'an sehingga apa yg saya perhatikan disekolah anak2 saya dithn 2006 skrg, TAHAP PENGUASAAN BI dikalangan anak2 melayu masih sama spt dulu( lemah pada tahun 70'an ) atau lebih teruk dari dulu.

Kenapa ia berlaku demikian? fokusnya disini ialah anak melayu yg lemah BUKAN melayu yang mahir BI. ( mmg ada segelintir yg berjaya...syabas pada mereka)

Tapi kebanyakkan ;
1) anak2 melayu tidak gunakan BI langsung dirumah.
2) ibubapa tidak menggalakan BI kerana mereka sendiri tak speaking!
3) ibubapa yg patriotic pula BANTAH kerana BI adalah bahasa penjajah!!!
4) guru melayu yg mengajar BI pun lemah penguasaan [ disini kita harus salahkan maktab perguruan yg memberi sijil lulus pada calun tersebut ]

Pada masa yg sama anak cina dan india tidak ada masalah dlm penguasaan BI pula. Tapi itu bukan isunya disini, masalah nasional disini ialah majority anak melayu gagal menguasai BI ketahap yg boleh diterima pakai. Buktinya hingga hari ini masih ada graduan yg tak boleh speaking!!!

Jadi oleh kerana system pembelajaran BI diperingkat sekolah gagal mencapai tahap yg boleh dibanggakan dikalangan anak2 melayu MAKA kerajaan mengambil keputusan utk DIRECTLY menekankan pembelajaran Matematik & Science TERUS dlm BI.

Dlm hal ini Kementerian Ppendidikan pun HARUS dipersalahkan kerana ia GAGAL memantapkan system pembelajaran BI disemua peringkat. Oleh kerana ia tidak mahu mengaku kegagalannya MAKA ia terus membawa BI lalu menekan terus pembelajaran maths dan sains dlm BI seolah2 ia baru sedar kepentingan BI.

Sebenarnya, melalui pembelajaran maths & sains dlm BI , tidak ada gerenti bahwa anak melayu akan TERUS menguasai BI jua. Pokoknya basic teaching of English itu tak memenuhi syarat dan hasrat terutamanya dikalangan melayu. Fakta ini telah pun disedari oleh kerajaan dari thn 70’an sehingga sekrg , TETAPI apakah langkah 2 kerajaan utk memperbaiki system pembelajaran yg sedia ada??? Tolong jelaskan jika ada?? Jadi apa yg berlaku ialah cabinet “half past six” dengan terburu2 melaksanakan maths and science dlm BI tanpa mengadakan ‘pilot’ run terutamanya disekolah 2 luar Bandar.

Walaupun anak cina & India tidak ada masalah dlm hal ini, bagi mereka tampak kerajaan memahami kepentingan BI walhal kerajaan yg sama GAGAL memberikan pembelajaran asas BI secara effective pada awalnya. Tetapi selepas berlaku debat sebegini rupa dikalangan intelek dan academicians ADAKAH kerajaan review balik kaedah pengajaran BI diperingkat sekolah utk memantapkannya……saya rasa TIDAK…..itulah masalahnya dengan kerajaan “half past six”. Nak dikata Tun juga tidak terkecuali dlm geng “half past six” ini. Sebabnya ahli cabinet skrg JUGA adalah ahli cabinet beliau….

MAKA BANTAHAN KUMPULAN SAKTI ( SAINS , KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI) termasuk Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan
HARUSLAH DILIHAT SEBAGAI MENYERU KERAJAAN UTK MEMANTAPKAN SISTEM PEMBELAJARAN ASAS BI DIPERINGKAT SEKOLAH DAN BUKANNYA MENIDAKKAN PENGGUNAAN BI DIDLM MATEMATIK DAN SAINS. Kerana pi mai pi mai …kita masih memerlukan penguasaan BI.

Pandangan forumis kedua dalam forum yang dipetik semula:

Pada pandangan saya, memang bahasa merupakan satu medium utk komunikasi, diguna utk mmpelajari ilmu, dan Allah menjadikan hambanya bercakap dlm pelbagai bahasa di dunia ni.

Di dlm dunia global skrg ni, amat perlu kita pelajari bahasa2 lain, terutama Bahasa Inggeris dimana ia byk digunakan utk berinteraksi di antarabangsa.
Persoalannya, untuk mempelajari Bahasa Inggeris, perlukah kita menjadikan 2 mata pelajaran yg amat susah bagi kita orang Melayu di ajar dalam B.Inggeris?

Dan, perlukah utk menguasai Matematik dan Sains, kita dipaksa belajar dalam bahasa pengantar yg majoriti anak2 Melayu belum dpt menguasainya?
Nak belajar Bahasa Inggeris? Belajarla dlm kelas B.Inggeris..

Subjek Math/Sains = Subjek Bahasa. 2 kumpulan subjek yg berbeza, otak yg diguna utk proses pun berlainan..

Saya bekerja dlm bidang penerbitan buku, dan pernah terlibat dlm pembikinan buku teks Matematik dlm B.Inggeris. Sedangkan penulis dan editor sendiri pun pening kepala nak memikirkan makna2 matematik dlm B.Inggeris, inikan pulak budak2 sekolah.

Dulu masa zaman sekolah, saya pernah tanya sorang kawan yg pandai BI...saya tanya camne dia boleh pandai BI, dia kata dia banyak baca buku English yg dibeli oleh abang-kakaknya...dan buku2 yg dibeli itu kebanyakan mengikut minat kawan saya itu.

Bila masuk alam pekerjaan, seorang rakan opis saya pernah bercerita tentang kesukaran yg dia hadapi ketika belajar di Jepun. Yealah, kuliah semua dalam bahasa Jepun. Dah la selepas program 2 tahun sebelum ke Jepun tu dia masih tak pandai berbahasa Jepun...tetapi disebabkan tepaksa, akhirnya dapat juga dia tamatkan ijazah yg diambil di samping fasih berbahasa Jepun...

Perkara seperti ini juga yg saya alami dlm usaha saya meninggkatkan penguasaan BI saya (zaman sekolah dulu BI la subjek yg saya tak suka dan selalu kantoi )..oleh kerana masa di universiti, saya mula minat computer programming, jadi saya mula berusaha membaca buku Bi dan artikel2 dlm BI pasal programming. Selain daripada menambah pengetahuan programming saya, pemahaman BI saya mula meningkat...nak baca bahan2 BI dah tak pasal guna kamus dwi-bahasa. Dan bila di alam kerja, oleh kerana saya bekerja di syarikat internasional, saya pun terpaksa bertutur dlm BI dgn bos2 terutama bos2 Jepun. Dan ramai juga bos2 Jepun ni dulu tak reti BI, tapi disebabkan bekerja di luar negara (Jepun), diorg kat M'sia ni jadi pandai BI.

Jadi boleh disimpulkan, bahawa ade 2 keadaan yg boleh meningkat penguasaan sesuatu bahasa iaitu bila minat atau bila terpaksa.

Dlam kontek skrg yg kena guna BI utk subjek Math & Sains, saya rasa ia mengambil pendekatan bila terpaksa...Subjek Math & Sains adalah wajib dan penting di sekolah skrg. Bila gagal subjek2 ni, boleh kira gelap la harapan...tapi berapa ramai murid2 sekolah rendah yg merasai kepentingan subjek Math & Sains ini untuk memaksa diorg belajar dlm BI? Dan pada usia dia awal sekolah rendah, tentu mereka belum matang untuk memikirkan keadaan terpaksa ini..dan belajar secara terpaksa di usia mentah ini agak meletihkan dan mungkin ramai yg berputus asa...tambahan pula dlm budaya masyarakat kita (terutama org Melayu) yg tidak mementing Math & Sains tapi lebih mementingkan hiburan...

Jadi saya nampak, pendekatan berdasarkan minat lebih berkesan...di peringkat sekolah rendah murid2 mudah dibentuk mengikut minat mereka...jika dia minat main bola, kita bagi bola sebijik, laju je dia berlari...dlm kes BI ni, adalah baik pengajaran itu mengikut minat murid2 itu sendiri...buatkan satu mata pelajaran BI tambahan yg tak memerlukan peperiksaan, dan setiap murid2 itu dikelaskan (utk subjek ini aje) mengikut minat masing2...kelas2 itu mungkin berdasarkan kategori seperti sukan, sains, komputer, kartun/movie, etc. yg sesuai minat murid2 di peringkat rendah...buatkanlah juga seperti projek2 berkumpulan atau individu, untuk mereka ceritakan kembali apa yg mereka baca itu...di sini perlulah buku2 bacaan BI yg menarik yg sesuai dgn minat...dan selalunya juga murid2 yg melakukan perkara2 yg dia minat akan lebih menonjol dr murid2 yg terpaksa buat benda2 yg dia tak suka...

okeyla...secebit pandangan di kedinginan pagi hari...

Ini bukan sekadar soal Nasionalisme, Patriotisme atau sbgnya..ini soal masa depan anak2 kita. 2 mata pelajaran tu dah mmg cukup susah utk anak2 bangsa kita, bila diubah ke B.Inggeris, lagi bertambah kepayahan ini, sebb nak mencari makna ayat dlm B.Inggeris dan menyelesaikan masalah matematik tersebut..
Allah dah jadikan kita di Malaysia ni majoriti bertutur dlm Bahasa Melayu, maka gunakanlah bahasa ini sbg bahasa ppengantar utk belajar. Apa yang perlu dipertikaikan ialah cara pengajaran Matematik terutamanya di Sekolah2 Kebangsaaan, yg berbeza dari sekolah2 cina.

Biarkanlah anak2 bangsa kita ni belajar mata pelajarn ini dlm bahasa yg mereka senang fahami. Anak2 Cina sejak berzaman begitu pintar dalam Matematik, dan mereka belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri tapi yg penting, cara mereka belajar berbeza dari sistem yg diajar di Sekolah Kebangsaan.
Cara pembelajaran itu yg perlu diubah mengikut kesesuaian, teknik2 baru mestilah digunapakai. Bukan bahasa pengantar yg perlu diubah!

Kalau nak dikira B.Inggeris sebagai bahasa ilmu dan diguna meluas dlm Matematik.. Bahasa Cina pun tak kurang hebatnya juga dlm Matematik, dan juga Bahasa Arab. Jadi, nak tukar ke Bahasa Cina pulak ke selepas ni? Sbb budak2 Cina belajar Matematik dlm B. Cina ramai yg jadi pandai...

Pandangan forumis ketiga yang dipetik semula:

Saya tak berminat nak meluaskan perbincangan ini dari sudut sejarah, 50 thn dulu, DEB atau sebagainya. Wbpun saya akan selitkan sedikit nanti. Soalan saudara ni tak releven bagi saya utk dijawab sebab saudara tidak merujuk kepada isu yg dibawakan.

Saudara kebanyakannya merujuk kepada sejarah begitu juga dari bangsa2 lain. Fine tapi suba saudara undur kebelakang sedikit dan lihat semula isu asal yg dibawa iaitu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, yg diaplikasikan kepada pelajar2 sekolah rendah dan menengah.

Pertama sekali, bagaimana perancangan yg dibuat sebelum perkara ini dilaksanakan? Apakah persediaan2 yg telah dibuat terutamanya kepada guru2 yang mengajar? Sudah cukup sempurnakah iaitu dari sudut kebolehan guru2 junoir dan senior utk mengajar menggunkanan BI? Jika sempurna alhamdulillah, tetapi hakikatnya guru2 sendiri tak dapat menguasai BI dengan baik, bagaimana mereka dapat menyampaikan ilmu dengan baik? Perancangan yg hebat, kalau perlaksanaan teruk, lingkup, apatahlagi kalau perancangan asal ada, perlaksanaan asal buat.

Kedua - Bagaimana dengan penguasaan BI pelajar2 terutamanya sekolah rendah? Realitinya terutama kebanyakan pelajar melayu adalah lemah atau sangat lemah. Budak2 sekolah rendah yg baru nak kenal huruf, nak kenal nombor, tiba2 diajar menggunakan bahasa yg mereka tak faham.. ada pulak yg kata betul....heran sungguh..

Oleh itu, kombinasi guru yg lemah dalam BI dengan murid2 yg juga lemah BI menghasilkan keputusan yg bagaimana? Mustahil saudara tak dapat jangkakan memandangkan saudara manusia yg berIQ tinggi.

Selain itu, subjek sains dan matematik memang antara killer subjek utk ramai anak2 melayu. Sudahla nak kuasai pun dah susah, ditambah susahkan lagi dengan bahasa pengantar BI. Macamana pelajar melayu nak maju kalau dari peringkat rendah pun mereka dah tercicir?

Saya tak menafikan kepentingan BI dalam penguasaan teknologi baik apapun bidangnya, tetapi masalahnya ialah bagaimana perkara itu hendak dilaksanakan? Memang kalau dilihat dari sudut sejarah, sejak merdeka kebanyakan sekolah menggunakan bahasa pengantar BM dan menghasilkan graduan2 yg kebanyakannya ada sekarang ni. Taklah seramai mana walaupun ramai juga yg boleh dibanggakan. Antara yg saya kenal, Prof Abd Salam Babji (UKM) yg pernah digelar Prof Daging yg hebat di Asia Tenggara. Prof Radin Umar Radin Sohadi (dulu VC UPM), yg pernah disebut oleh rakannya seorg Ass. Prof, salah seorg dari 5000 yg terbijak (tak pasti asia tenggara atau mana). Kalau nak kira pingat emas dari Geneva rasanya boleh dikatakan IPTA seluruh Malaysia ni ada.

Tetapi kalau lihat semula sejarah, Tamadun Islam yg memiliki khazanah ilmu yg tinggi, org2 barat datang belajar, mengambil rujukan dan menterjemahkan buku2 yg diambil kedalam bahasa mereka. Bagaimana dgn bijak pandai2 melayu? Bukan sedikit Prof2 melayu diMalaysia ni atau bijak2 pandai lainnya, persoalannya berapa banyak dari mereka yg menguasai sesuatu bidang dan menterjemah bahan2 rujukan yg mereka gunakan atau yg berguna ke BM? Berapa banyak dari mereka menulis artikel2 atau report2 BM?

Hakikatnya, kebanyakan artikel yg ditulis atau report2 kajian adalah berbahasa inggeris, sebahagiannya dihantar ke Sciencedirect atau lain2, nak access pun kena bayar atau dari perpustakaan IPT yg mendaftar. Semasa saya study dulu pun buku rujukan berbahasa melayu yg ditulis oleh Pensyarah atau diterjemah, tak sampai 5 buah. Satu dpdnya subjek yg popular dan sebahagian student menyampah...Kenegaraan Malaysia - Prof Jayum. Tesis2 peringkat ijazah pertama pun kebanyakannya ditulis dalam BI, master keatas apatah lagi..

Jadi, saya rasa tak perlu nak membangangkan bahasa dan bangsa sendiri. Cukuplah pihak2 luar seperti Australia yg menukar "Malaysia Boleh" kepada "Malaysia Bodo.h". Sebabnya bukan kerana mereka yg jahil tetapi hakikatnya adalah kesilapan kita sendiri. Salah satu buktinya adalah dalam isu ini..
Dahla subjek tu susah dikuasai, digunakan pula BI yg susah atau belum dikuasai dgn baik, kemudian ada yg sokong membabi buta... Memang tinggi sungguh IQ..

Wassalam..

Sunday, August 13, 2006

Hmm..hidup balik nampaknya..

Lama dah tak bercara dengan politik secara penulisan dan lakaran..namun tak pernah lekang mengikuti perkembangan menerusi internet dan akhbar. Sekarang hanya tersenyum melihat dua ekor gajah pujaan sedang bertarung menerusi media. Balas tembakan secara jarak jauh. Harghh...dan aku jadi pelik bila tak semena-mena pulak si Khairy melepaskan saham dalam syarikatnya ECM Libra Avenue..apa dah jadi? Kalau betul pinjam kenapa pulak nak berundur...ka duit dari sumber lain??
Rumah tangga UMNO dah macam rumah madu tiga...berantakan..tahniah..semoga hancur dan terus berkecai!"
Hmm..(senyum sendiri tengok webmaster Tranung letak balik link site kat tepi..) panggilan untuk berkhidmat..anyway..thanks..I'm on...!!

Saturday, November 12, 2005

BUKTI GURU TERBEBAN (1)

BEBAN TUGAS DAN MOTIVASI KERJA GURU SEBAGAI SATU ISU
(diolah semula dari hasil penulisan tesis P20063 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia)

Beban tugas yang banyak telah menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi kepada guru. Di dalam kelas guru juga terpaksa membuat pelbagai keputusan dalam satu jangka waktu yang singkat (40 hingga 80 minit). Guru sudah pasti sukar membuat keputusan yang terbaik kerana bukan semua pelajar mempunyai minat, sikap dan kepintaran yang sama. Pada setiap hari seorang guru melayan antara 20 hingga 120 orang pelajar dalam kelas yang terdiri daripada 20 hingga 30 orang pelajar. Guru tidak boleh menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar sahaja, tetapi terhadap semua pelajar dalam kelasnya. Kesemua pelajar mempunyai kepelbagaian minat, bakat, hambatan pembelajaran, keadaan emosi dan latar budaya. Oleh itu untuk menumpukan perhatian yang sekali gus terhadap semua pelajar memerlukan suatu seni kompleks yang tinggi.

Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Dapatan daripada kajian yang dibuat menunjukkan adanya kerumitan guru di dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membimbing dan mendidik pelajar. Salleh (1983) telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan di Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu.

Kajian Nor Azizah (1987) terhadap 338 orang guru di 24 buah sekolah yang dipilih secara rawak di Daerah Hulu Langat dan Gombak mendapati guru juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan beban tugas yang berat. Terdapat 63.3 peratus guru menyatakan bahawa beban kerja di sekolah adalah berat. Ini boleh mendatangkan ketegangan kepada guru. Siti Rodziah (1982) telah menjalankan kajian ke atas 71 orang guru dari beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan, mendapati ketegangan guru lebih dipengaruhi oleh beban kerja, masa mengajar yang terlalu banyak dan menggantikan guru yang tidak hadir. Guru yang mengajar lebih daripada tiga tahun mengalami ketegangan yang tinggi jika dibandingkan dengan guru yang mengajar kurang tiga tahun. Manakala kajian Lee Meng Chun (1990) menunjukkan bahawa mengerjakan tugas yang berulang-ulang (monotonous) juga mendapati kepuasan kerja adalah rendah dan cenderung untuk melahirkan ketidakpuasan, kebosanan, keletihan dan hilang ciri-ciri kemanusiaan dalam kerja.Kerja yang sama dilakukan setiap tahun menyebabkan guru-guru bosan dan merasakan pengetahuan dan pengalaman tidak bertambah, hanya setakat yang ada sahaja.

Beban tugas yang banyak juga merupakan penghalang kepada perkembangan pengajaran guru. Sumilah (1997) telah membuat kajian di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (MPTI) yang sedang menjalani pratikum mendapati tujuh faktor yang menghalang penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Ketujuh-tujuh faktor berkenaan ialah sikap dan minat guru yang tidak menggalakkan, kekurangan kemudahan fizikal dan infrasturuktur, kekurangan koleksi sumber, kurang pendedahan dan kemahiran, kurang bimbingan dan penyeliaan, kelemahan dalam pengurusan sumber serta beban tugas. Kekurangan kemudahan dan sumber di sekolah akan membebankan fikiran guru. Zubaidah (1999) dalam kajiannya mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah pelajaran dan bebanan tugas disekolah didapati mempengaruhi keletihan emosi guru. Abdul Malek (2000), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat, tidak menyempurnakan tugas, dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, fikiran menjadi bersturuktur dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya.

Lee Siok Yen (1992) dalam kajiannya mendapati faktor kualiti pengurusan paling penting dalam hubungannya dengan motivasi kerja berbanding dengan faktor gaji yang tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan motivasi kerja. Pekerja-pekerja yang lebih berpendidikan tinggi didapati lebih tinggi motivasi kerja berbanding dengan pekerja-pekerja yang lebih rendah tahap pendidikannya. Faktor motivasi guru adalah penting didalam mempertingkatkan kualiti
pendidikan di sekolahnya. Tambahan pula bila seseorang itu jelas kedudukan dan fungsinya dalam organisasi tersebut. Ini dengan sendirinya membangkitkan motivasi bekerja dengan baik. Walau bagaimanapun Laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1988) amat membimbangkan kerana peratus guru yang kurang bermotivasi adalah tinggi iaitu 45.6 peratus. Ini akan mengganggu kualiti pendidikan di sekolah. Walau bagaimanapun, beban tugas telah menjadi isu yang berpanjangan dari dahulu sampai sekarang dan tindakan yang diambil tidak dapat menyelesaikan keadaan yang ada sekarang.

Rumusannya, beban tugas akan mendatangkan kesan kepada guru seperti berikut:
Kesan Ketegangan kepada guru
Menghalang peningkatan pengajaran dan pembelajaran
Beban tugas guru
Kurang persiapan atau persediaan untuk mengajar
Menimbulkan kebosanan
Keletihan emosi guru

Rujukan :
Abdul Malik Abd. Rahman. 2000. Manusia dan stress. Buletin Akademik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 (10-11)
Balbir Singh a/l Bhagawan Singh. 1994. Perkaitan di antara motivasi penglibatan dan lokus kawalan di kalangan pelajar di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Champa a/p Chum. 1992. Hubungan di antara ciri-ciri tugas dengan kepuasan kerja, motivasi kerja dalaman dan penglibatan kerja. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Guru Malaysia. September 1999.
Guru Malaysia. Oktober 2000
Ishak Sin. 1993. Perkaitan di antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi
guru. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jaafar Sidek Latif. 1995. Kepuasan kerja di kalangan kaunselor sekolah-sekolah di
Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarudin Husin, Kamarul Azhar. 1994. Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Lee Siok Yen. 1992. Keberkesanan faktor gaji dan kualiti pengurusan sebagai motivasi untuk meningkatkan produktiviti. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nagayanya Muniandi. 1998. Perkaitan di antara gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan sturuktur dan dimensi timbang rasa pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azizah Salleh. 1991. Kepuasan bekerja dan keperluan professional guru-guru lepasan maktab dan implikasinya kepada pendidikan lanjutan. Jurnal Pendidikan. 16 : 84-94.
Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Saedah Siraj., Zainun Ishak., Tunku Mohani Tunku Mokhtar,. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Siti Rodziah Kadir. 1982. Beberapa faktor yang mempengaruhi ketegangan serta
kesannya ke atas guru-guru. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soo Yu Min. 1996. Perkaitan gaya pengurusan pengetua sekolah menengah dengan
harga diri (self-esteem). Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumilah Marto. 1997. Faktor-faktor kekangan penggunaan media elektronik di kalangan guru pelatih. Unit Teknologi Maklumat MPTI (atas talian) http://www2.moe.gov.my/~bpg/jrmpti982.htm.
Zubaidah Aman. 1999. Burnout di kalangan guru: perkaitannya dengan faktor latar
belakang , tekanan kerja, kekaburan peranan dan sokongan sosial. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tutup Mulut...Shut Up!!

Polemik Bahasa Inggeris dipergunakan sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik telah berlarutan sehingga ke tahap membimbangkan majoriti ibu bapa di Malaysia. Namun oleh kerana kepentingan politik dan survival kompeni-kompeni peliharaan kroni yang menghasilkan laba berjuta-juta dari projek PPSMI ini dari sekecil-kecil penerbit buku sampailah ke sebesar-besar pembekal perisian dan peralatan komputer, pihak kerajaan khususnya UMNO bersedia mengorbankan masa hadapan para pelajar.

Sebenarnya perlaksanaan PPSMI ini telah menemui kegagalan dan ini dapat dibuktikan melalui keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan secara drastik dan tergesa-gesa oleh Kementerian Pelajaran sebelum pelajar-pelajar tingkatan tiga pada tahun ini mengambil peperiksaan PMR. Namun bagi memelihara air muka Mahathir, Barisan Nasional dan terutamanya para pemimpin UMNO maka agenda pembaharuan yang kononnya pada asal bertujuan mengatasi masalah bahasa Inggeris telah melarat menjadi virus pemusnah keupayaan anak-anak Melayu untuk cemerlang dan memahami sains dan teknologi.

Saya sudah terlalu penat untuk mengemukakan bukti ini banyak kali tetapi jika anda masih ragu-ragu silalah belek buku-buku tulis dan kertas peperiksaan anak-anak anda. Buktinya semua ada di rumah-rumah setiap rakyat Malaysia. Lihatlah kualiti jawapan anak anda dari segi tatabahasa bahasa inggeris dan juga isi kandungan sainsnya. Anggarkan kemajuan Bahasa Inggeris anak anda setelah tindakan drastik dasar ciptaan UMNO ini. Perhatikan banyak kali anak anda tersalah faham maksud soalan, terkeliru dan kiralah berapa banyak ruang kosong yang ditinggalkan dalam kertas jawapan anak anda. Jangan ditanya pada menteri sebab beliau tidak pernah memeriksa kertas jawapan pelajar, masakan dia mahu tahu atau ambil peduli. Laporan tentang bebanan guru pun baru nak dijenguknya hari ini setelah sekian lama guru merungut. Kebanyakan anak mereka juga bukan belajar di sekolah kebangsaan seperti orang lain tetapi memasuki sekolah ternama dan berjenama belaka dengan sukatan kurikulum berbeza. Persetankan anak rakyat Malaysia. Kamu siapa?

Seluruh sistem pendidikan kita semakin kucar-kacir disebabkan kelemahan dasar. Guru-guru terpaksa menunaikan nafsu besar pemimpin negara dalam kepayahan. Guru ada yang tak mampu mengajar dengan baik dalam BI, murid tak mampu nak kuasai BI, lokaliti ataupun situasi masyarakat setempat tidak banyak membantu guru dan pelajar menguasai sains matematik dalam BI dan para menteri terus bercerekarama dengan andaian pencapaian bahasa inggeris akan meningkat sekiranya sains dan maths diajar dalam bahasa penjajah. Bukankah gila namanya.

MASERU (Lesotho) 11 Nov. - Dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mahu semua pihak yang membangkitkan isu itu supaya `tutup mulut'.

``Saya tidak mahu lagi isu ini digembar-gemburkan,'' katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdullah, setelah tiga tahun pelaksanaannya mungkin sudah elok masanya supaya penilaian dilakukan bertujuan mengukur keberkesanannya.

``Tetapi dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kekal,'' tegasnya.

Dan itupun Pak Lah suruh semua orang tutup mulut mengenai perkara ini. Wajarkah seorang Perdana Menteri memperkecilkan intelektualiti dan kemahuan bersuara rakyat Malaysia? Apa yang mahu disembunyikan oleh pemimpin Barisan Nasional? Kegagalan dasar PPSMI ini bagai wabak yang lebih hebat daripada selsema burung yang diperkatakan oleh majoriti rakyat Malaysia yang tahu berfikir di peringkat bawahan, menengah malah atasan sendiri, dan tak perlu sampai tahap 25% untuk kita mengetahui kegagalannya. Bukan soal nak gembar-gembur. Bukan soal nak cipta isu. Tetapi masalahnya hampir setiap isi rumah di Malaysia sekarang sedang bergelut dengan masalah ciptaan BN iaitu bagaimana nak memulihkan pencapaian sains dan matematik anak-anak mereka. Nak tunggu berapa ramai lagi budak sekolah jadi mangsa baru kementerian nak bertindak mengubah dasar separuh masak yang menjadikan ramai pelajar di Malaysia seolah-olah tikus makmal! Itu tak cakap lagi soal sepertiga murid-murid sekolah rendah tak boleh membaca.

Media pun pelik. Macam tidak menyedari prestasi anak masing-masing. Perkara ini lebih penting daripada menyiarkan berita Pak Lah hari-hari mengunjungi pusara Endon sewaktu hari raya. Orang ramai menyampah dengan sampah berita yang dilambakkan dalam surat khabar seolah-olah tidak ada cerita lain. Masyarakat dipaksa untuk bersedih sedangkan soal-soal genting lain dipinggirkan semata-mata untuk bermain emosi dengan cerita Endon dan Mawi. Orang lain pun mati juga setiap hari. Ramai lagi kes-kes kematian dahulu yang melibatkan anak-anak kecil terutama penyakit hati, tidak ada pun sentuhan simpati daripada perdana menteri mahupun wakil kerajaan. Berapa ramai anak kecil terkorban kerana tak mampu mendapat rawatan kerana biayanya terlalu tinggi. Apa sangat yang saya nak sedihkan pasal Endon kalau sebelum ini keluarganya pun tak pernah simpati dengan nasib rakyat. Saya sebenarnya terlalu sedih dengan orang suratkhabar terutama para editor yang sudah tidak keruan memilih tajuk utama. Mereka bagi saya, sudah hilang harga diri dan nilai keilmuan yang mereka pelajari dan paparkan pada masyarakat hanya bertuankan pada pemilik suratkhabar.

Berbalik pada soal utama, asal usul idea gila ini sebenarnya dikatakan berpunca daripada salah seorang pegawai pengiring Dr. Mahathir yang dikatakan tak mampu bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik ketika berada di luar negara menemani beliau. Cetek sekali pemikiran beliau sehingga mengubah keseluruhan kurikulum sains dan matematik dan menjejaskan kefahaman asas yang sangat perlu sebagai teras rakyat Malaysia cemerlang dalam bidang ini.

Tidak disangka seorang perdana menteri yang dijangka mampu mengubah kesilapan Mahathir, meneruskan warisan songsang yang mampu menterbalikkan orang-orang Melayu.

Ironinya, mampukah Pak Lah menutup mulut seluruh rakyat Malaysia yang sedang geram, bernanah bak harimau luka, melihat kehancuran masa depan anak-anak, sedara dan sepupu mereka melalui perlaksanaan melalut PPSMI? Kerajaan mungkin boleh mengubah bencana itu secara sementara dengan mengubahsuai graf kelulusan peperiksaan agar lebih ramai lulus hasil ihsan Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti ketika zaman Najib dahulu, tetapi apakah implikasinya terhadap generasi ini? Mereka akan gagal apabila berada di universiti seperti yang pernah dikeluh-kesahkan oleh bekas Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Musa Mohamad apabila beliau mendapati pelajar tak mampu menjalankan amali asas sains dengan baik ketika di universiti. Itulah yang menyebabkan PEKA diperkenalkan semula di Malaysia awal 2002.

Keparahan ini makin menjalar sekiranya dibiarkan lebih lama, dan kemuncaknya Barisan Nasional bukan sahaja menjadi semakin tidak popular di kalangan orang Melayu dan India, malah penyokong kuat mereka iaitu orang-orang Cina.....

Resolusi Dong Jiao Zong
Lee Ban Chen
Nov 11, 05 3:25pm
Malaysiakini

Pada 11 November 2002 lagi, Dong Jiao Zong telah mengeluarkan kenyataan menegaskan pendirian pergerakan Cina tersebut: "menyokong sepenuhnya usaha peningkatan tahap penguasaan Bahasa Inggeris, tetapi membantah keras pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di SJKC", berasaskan alasan-alasan berikut:

* Sejak tahun 80an lagi, Dong Jiao Zong telah mengemukakan cadangan supaya bahasa Inggeris di SJKC diajar mulai darjah satu, bukan mulai darjah tiga seperti yang diamalkan masa itu;

* Ciri-ciri sekolah pelbagai aliran di negara kita adalah berasaskan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama dan ini sudah termaktub di dalam akta pendidikan kita. Oleh itu, pelaksanaan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bukan saja bertentangan dengan prinsip dan norma pendidikan, hasrat rakyat, tetapi juga bercanggah dengan akta pendidikan negara kita;

* Pada 10 November 2002, Menteri Pendidikan telah mengumumkan bermula dari tahun 2008, peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi semua aliran sekolah rendah. Oleh itu, "formula 2-4-3"hanya merupakan formula sementara dalam tempoh peralihan;

* "Formula 2-4-3"(atau sebarang formula yang diubahsuai daripadanya) yang mengulangi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di samping pengajaran dalam bahasa ibunda, akan memburukkan lagi masalah ketidakseimbangan struktur ilmu pengetahuan (termasuk pelajaran bahasa, sains dan matematik yang dianggarkan menduduki 78 peratus daripada seluruh masa pengajaran dan pembelajaran) dengan pembangunan kerohanian dan jasmani (termasuk pendidikan moral, jasmani dan kesihatan, muzik serta seni yang hanya mencakupi 20 peratus masa sahaja);

* Kementerian pendidikan tidak menyediakan guru tambahan bagi pelaksanaan "Formula 2-4-3", ini bermakna keadaan kekurangan guru dalam SJKC akan menjadi lebih buruk lagi selepas pelaksanaan Formula tersebut;

* Berasaskan pengalaman dalam pembangunan pendidikan selama ratusan tahun, Dong Jiao Zong membuat kesimpulan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah yang paling berkesan sekali.

Amat dikesali, apabila Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditanya mengenai cadangan Dong Jiao Zong itu, beliau memberi jawapan yang merupakan "klise" birokratik yang berprasangka.

Kata beliau: "Kerajaan akan menimbangkan cadangan mengenai dasar pendidikan negara jika cadangan-cadangan itu tidak berfikiran sempit dan tidak mempromosi kepentingan satu kaum, satu aliran atau satu agama yang tertentu."

"Apa pun cadangan yang mereka ingin serahkan, ia harus dipandang dari konteks yang lebih luas. Jika tidak, setiap kali kita membincangkan pendidikan, kumpulan tertentu akan berjuang untuk kaum dan aliran yang tertentu saja."

(tanya lain dijawab lain? hmm... - cikgu komando)

Klise birokratik Hishammuddin membayangkan kecetekan pemahaman beliau mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar semua aliran sekolah rendah dan menengah negara kita, akibat pelaksanaan dasar bahasa Inggeris itu.

Mungkin Hishammuddin, malah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, patut menemui Dong Jiao Zong untuk mengkaji cadangan terbabit dan sekaligus mengkaji semula dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris secara mendalam, demi mempertahankan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda semua aliran seperti yang terjamin oleh akta pelajaran negara kita.

Nampak gaya orang Cina sendiri pun boleh menilai kemampuan berfikir menteri-menteri Malaysia.

KGMMB Yang Sama Seperti GPMS

Keengganan KGMMB menyokong usul agar pihak Kementerian Pelajaran memberikan kekebalan kepada para guru daripada dikerah bekerja secara paksa pada hari Sabtu serta memberikan elaun khas atas inisiatif guru terbabit sudah lama dijangkakan.
Kesatuan yang semakin tidak relevan dengan aliran pandangan perdana para guru itu dilihat seakan makhluk asing yang cuba mengaku berada di kalangan guru sebagai pembela namun menikam masyarakat guru dari belakang.

KGMMB dikatakan hanya berani bersuara dalam lingkungan terbatas, lebih cenderung menyuarakan sokongan guru kepada kerajaan serta tidak memperjuangkan secara serius nasib guru siswazah.

Seolah-olah tidak menyedari (barangkali kerana presidennya sendiri bukan guru dalam ertikata sebenar yang berada di kalangan masyarakat sekolah tetapi bertaraf professor madya) bahawa khalayak guru semakin ditindas hari demi hari sedangkan mereka juga sama seperti kakitangan lain yang memerlukan masa untuk beriadah, bercuti, memanfaatkan peluang hari Sabtu dan Ahad untuk keluarga masing-masing, guru disarankan agar bertugas secara ikhlas tanpa memperdulikan sama ada pengorbanan mereka itu juga turut mengorbankan masa berkualiti dengan keluarga tercinta dan keperluan asasi guru sendiri.

Sering dipertikaikan bahawa guru diberi cuti dua bulan iaitu bulan 11 dan bulan 12 setiap tahun. Bagi pengkritik guru, itulah hujah mereka menyatakan bahawa guru seringkali manja. Namun tahukah mereka, guru-guru tetap bertugas - ada yang memeriksa kertas, ada yang dipanggil merancang sesi persekolahan tahun hadapan, mengikuti kursus dan mesyuarat, mengendalikan pelbagai kursus? Tahukah mereka bahawa guru tidak seperti kakitangan lain yang boleh ambil cuti dengan bebas walaupun boleh memohon dengan pengetua. Kami cuma dibenarkan mohon cuti (dengan sebab yang telah disenaraikan sahaja). Itupun beberapa hari sahaja...

Apakah erti ikhlas itu? Bukankah keikhlasan guru juga turut diragui apabila mereka dikehendaki menandatangani satu perakuan taat setia yang pelik satu ketika dahulu? Adakah para guru tidak ikhlas selama ini dangan perkhidmatan mereka? Kenapa tidak tanyakan perkara yang sama kepada anggota keselamatan (polis atau tentera), buruh, tukang kebun, kerani pejabat, pegawai kastam atau mana-mana kakitangan awam lain? Ikhlaskah presiden KGMMB memimpin persatuannya tanpa membaham imbuhan dan elaun?

Adakah perlu soal ikhlas dipertikaikan kalau guru semata-mata mohon keadilan terhadap takrifan bekerja pada hari Sabtu agar setara dengan kakitangan awam lain? (untuk rekod, guru juga sudah saban hari membawa balik kerja sekolah ke rumah - kertas peperiksaan, buku tulis, kertas PEKA, alat bantu mengajar dan lain-lain - tak cukup lagikah?). Itupun tidak campur masa yang habis di padang sekolah, tempat latihan bahas, pidato, olahraga, pasukan beruniform di waktu petang dan juga ketika menghadiri pelbagai kursus dan mesyuarat. Ingat..balik kursus atau mesyuarat, mereka mesti cover sukatan balik...)

Kalaulah ikhlas itu boleh membayar segala penat lelah berulang alik, duit minyak kereta, masa saya dengan ahli keluarga, keperluan keluarga saya...sudah pasti ramai guru-guru berlumba-lumba mengadakan kelas hari Sabtu. Masalahnya realiti duniawi sudah berubah. Sekarang zaman bergerak pantas. Guru tidak boleh hidup sekadar bergajikan keikhlasan. Cakap senang, namun kalau jadi presiden KGMMB tidak berelaun, sudah pasti presidennya sendiri sudah lama berhenti. Realistik sikitlah..jangan bermain-main kata muluk dengan emosi para guru. Kami tahu anda siapa dan apa yang anda telah buat...

Bagi saya presiden KGMMB hanya ghairah memelihara kedudukan politiknya dan mempersetankan kegundahan guru Malaysia yang saban hari dilaporkan ditimpa bermacam masalah ciptaan dasar KPM seperti PPSMI, Pentaksiran berasaskan sekolah, kekurangan guru dan lain-lain. Bagi saya beliau memilih untuk berada di kelompok penentang bagi mempopularkan dirinya dengan pandangan idealis dan glokal yang tidak berpijak di bumi nyata.

Presidennya, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Daud berkata, kerjaya perguruan tidak boleh disamakan dengan kakitangan kerajaan lain yang bertugas mengikut waktu pejabat.
(tahukah anda..guru tak boleh claim kerja lebih masa macam kakitangan lain - kenapa yang itu tak timbul)

``Kerjaya perguruan satu yang mulia dan ia perlu lebih fleksibel dengan tidak perlu mewajibkan lima hari bekerja.
(oh kalau begitu, kerajaan bebas mengarahkan guru bekerja bila-bila masa sahajalah? Kenapa perkhidmatan lain tidak difeksibelkan juga..adakah kerana kekurangan kemuliaannya??)

``Kalau ada guru ringan tulang hendak datang pada hari Sabtu bagi membantu pelajar, mereka boleh datang,'' katanya.
(Tidak dinafikan..baguslah kalau ramai guru yang begitu..tetapi jangan jadi satu paksaan..kami juga nak bayar bil, nak bayar pinjaman kereta, nak buat urusan bank, nak urus pendaftaran anak, nak settle keperluan keluarga..bila hari Sabtu dah jadi hari tidak bekerja bagi kakitangan lain..kami sudah ditimpa banyak masalah!)

Selain itu, tuntutan elaun khas bagi mereka yang bekerja pada Sabtu adalah suatu yang tidak wajar kerana tidak melambangkan keikhlasan seorang guru.
(Baiklah Prof..duit minyak kereta guru? duit belanja makan pelajar? yaa.. semuanya boleh dibayar dengan keikhlasan bukan? Prof lainlah..gaji belas ribu..mana nak sama dengan kami yang cukup makan ni...)

``Kalau kata nak tetapkan kerja lima hari seminggu itu kita tidak boleh terima, profesion perguruan tidak boleh terlalu kaku,'' katanya.
(Oleh kerana tidak terlalu kakulah, maka banyak lambakan program tak berguna kementerian lain dan syarikat korporat di tala ke sekolah-sekolah. Guru sudah dibebankan dengan melatih pelajar bertanding itu ini, kadang-kadang kena tinggalkan sekolah berhari-hari bawa budak ke sana-sini...oh..maaf prof tak tahukan..sebab prof bukan duduk kat sekolah! prof sentiasa bermain dengan gambaran guru dari persepsi idealis..serupa macam dalam buku masa kat maktab kut?)

KGMMB pada satu ketika dahulu pernah mencadangkan agar kerajaan mengenakan sistem sewaan buku teks untuk mengelakkan kerajaan menanggung beban dalam jangka masa panjang. Presiden KGMMB memberikan reaksi itu apabila diminta mengulas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberikan buku teks kepada semua pelajar sekolah secara percuma berikutan peratusan pelajar yang layak menerima skim pinjaman buku teks (SPBT) terlalu ramai hingga mencecah 83 peratus. Menurut Presidennya, Prof. Madya Dr. Rahman Daud, kadar sewa yang tidak membebankan itu akan mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan ibu bapa pelajar. Inilah satu-satunya pemimpin kesatuan guru yang menolak agar buku teks diberikan secara percuma kepada para pelajar.

Kalau GPMS sebuah gabungan pelajar sekarang ini didesak untuk digantikan kepimpinannya agar seorang pelajar (bukan lagi pemimpin politik tua bangka dan pasif yang mengambil kesempatan) menduduki teraju teratas, saya merasakan bahawa presiden dan ahli-ahli KGMMB turut perlu merasakan tempiasnya. Professor itu barangkali tidak tahu bahawa seandainya apa-apa berlaku kepada pelajar ketika guru bertugas di luar hari bekerja seperti hari Sabtu, tindakan undang-undang membolehkan guru tersebut didakwa. Dan seperti biasa, guru hanya boleh ternganga dan menyatakan bahawa dia disuruh oleh pihak atasan yang akan menafikannya.

ikuti sambungannya....

Oleh Cikgu Tak Berpersatuan - Cikgu Komando

Saturday, May 07, 2005

Ekperimen Gila terhadap Anak Bangsa

Image hosted by Photobucket.com

Friday, May 06, 2005

3 jari tuding rakyat..

Bohsan aku mendengar celoteh mengenai slogan oleh PM. Kaya betul dengan slogan. Cubalah buat buku tu..agaknya kalah JK Rowling dengan hikayat Harry Potter. Balik-balik salahkan rakyat..dah awak tu yang buat dasar, awak yang control keselamatan negara..apebende yang dah dibuat?? Retorik retorik..takder bende lain..lepas jadi PM ni cubalah minta keje kat ERA jadi DJ ka..mungkin sesuai!!
Image hosted by Photobucket.com